KUALA LUMPUR : Tiada kluster tercetus melibatkan inisiatif Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB) yang diperkenalkan kerajaan pada November 2021.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ini sekali gus memberi keyakinan kepada kerajaan untuk meneruskan inisiatif itu yang membenarkan pelancong asing memasuki negara melalui Pulau Langkawi sehingga sempadan negara dibuka sepenuhnya.
"Walaupun baru tiga bulan, seramai 5,686 pelancong asing telah memanfaatkan LITB dan projek ini telah menjana pendapatan lebih RM28 juta kepada ekonomi Pulau Langkawi.
"Sejak diperkenalkan, tiada sebarang kluster jangkitan yang berpunca daripada pelancong-pelancong LITB, hanya 1 peratus sahaja didapati positif COVID-19 di bawah kategori satu dan dua ketika saringan dibuat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Langkawi," katanya dalam ucapan sempena pelancaran Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 di tebingan Kuching pada Sabtu.
Setelah empat tahun, Kuching menjadi destinasi pertama bagi penganjuran Citrawarna Malaysia.
Kali ini ia dilangsungkan bermula 24 ke 27 Februari 2022 bermula jam 10 pagi hingga 11 malam menampilkan pelbagai acara kebudayaan menarik serta seni persembahan bagi mengangkat semula industri pelancongan negeri itu.
Citrawarna ini dalam masa sama turut mempromosikan Bandar Raya Kuching sebagai Bandar Raya Kreatif di peringkat UNESCO di bawah kategori gastronomi dan World Craft City.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Perdana Menteri dan turut dihadiri Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib.
Selain itu, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang turut hadir memeriahkan acara gemilang itu.
Nickyson Nyambar
Sat Feb 26 2022
Menurut Perdana Menteri, ini sekali gus memberi keyakinan kepada kerajaan untuk meneruskan inisiatif itu yang membenarkan pelancong asing memasuki negara melalui Pulau Langkawi sehingga sempadan negara dibuka sepenuhnya. - Gambar fail/BERNAMA
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Kerajaan teruskan inisiatif LITB sehingga sempadan dibuka sepenuhnya - PM
Sehingga kini, tiada kluster berpunca dari LITB, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Gelembung pelancongan Langkawi diteruskan dengan SOP dikemas kini
Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 Bil.2/2022 pada 8 Februari 2022 telah bersetuju LITB dilanjutkan sehingga sempadan negara dibuka.
Omicron: Pengembara luar negara perlu jalani ujian COVID-19 enam hari
Pengembara dari luar negara bagi kategori VTL udara dan darat, LITB dan OSC untuk pelawat perniagaan jangka pendek, perlu menjalani ujian COVID-19 selama enam hari selepas tiba di Malaysia.